Tuesday, March 1, 2011

Mengubah "AutoNumber" dalam Microsoft Access

0 comments

Kebiasaan kita yang menggunakan Microsoft Access hanya menganggap fungsi AutoNumber hanyalah untuk menghasilkan angka 0, 1, 2, 3 secara berturutan ataupun rawak. Pernahkah kita mencuba untuk mengubah penghasilan autonumber ini kedalam bentuk format yang tersendiri seperti STAFF-10-0001, STAFF-10-0002, STAFF-10-0003 dan seterusnya.

Bagi mereka yang ingin mencuba sila ikuti arahan berikut:


1. Dalam keadaan Table Design View.
2. Masukkan Field Name.
3. Pilih Data Type sebagai AutoNumber.
4. Isikan Properties Format dengan kod yang dihendaki seperti "MB7"000 bagi menghasilkan kod seperti MB7001, MB7002 dan seterusnya.

Huruf yang diletakkan didalam tanda "" tidak akan berubah, manakala nombor 000 akan di tambahkan dengan nilai 1 setiap kali data dimasukkan.
Selamat mencuba

# 

Sunday, June 27, 2010

Kongsi Maklumat

0 comments

Facebook telah menjadi satu alat penting dalam proses hubungan sosial antara rakyat Malaysia secara amnya. Banyak pihak mula melihat Facebook sebagai satu media yang perlu dipelajari dalam apa jua keadaan malah ia semakin popular dikalangan ahli politik, ahli perniagaan, individu perseorangan dan juga pertubuhan.

Sebagai seorang yang memiliki akaun Facebook, kita memerlukan kemahiran tertentu untuk mengawal aliran maklumat yang ingin disalurkan agar setiap rakan yang bersama kita tidak akan merasa terganggu dengan maklumat yang mungkin tidak sesuai untuk mereka.

Oleh yang demikian, disinilah perlunya kepada fungsi "Friend List" yang telah disediakan oleh pihak terlibat. Kita boleh susun dan selaraskan rakan-rakan kita mengikut ketegori yang kita rasakan perlu seperti "Keluarga", "Isteri-Isteri", "Rakan Pejabat", "Bos" dan lain-lain.

Dengan wujudnya senarai rakan ini, ia akan memudahkan kita menghantar maklumat mengikut kategori yang di tetapkan. Katakan kita ingin menghantar maklumat yang dikhususkan kepada Ahli Keluarga sahaja maka kita cuma perlu memilih "Keluarga" pada bahagian "Custom Privacy" Sebelum butang Share ditekan.

Langkah 1: Taipkan maklumat yang ingin disampaikan di dalam petak yang disediakan.
Langkah 2: Klik pada ikon
Langkah 3: Pilih arahan Customize
Langkah 4: Tukarkan pilihan These People kepada Specific People
Langkah 5: Taip nama kategori senarai yang anda inginkan di dalam petak yang disediakan.
Langkah 6:Klik pada Kategori yang dipaparkan.
Langkah 7: Klik pada butang Save Setting.
Setelah selesai langkah tersebut, anda akan dapati hanya rakan yang terdapat di dalam senarai yang dipilih sahaja akan menerima maklumat tersebut.

Selamat mencuba


# 

Friday, June 19, 2009

HTML DOM - fungsi getElementById

1 comments

Kehadiran Google Chrome dan juga beberapa perisian pelayar web yang baru menyebabkan pembangun perisian berada di dalam dilema untuk memilih pelayar mana yang akan menjadi keutamaan mereka. Kita juga sering melihat sesetengah pembangun perisian berasaskan web terpaksa meletakkan notis yang mengatakan Laman Web Ini Sesuai dilayari dengan menggunakan Pelayar Internet Explorer Sahaja.

Kehadiran DOM (Document Object Model) yang diperkenalkan oleh W3C(World Wide Web Consortium) telah menjadikan proses pembangunan aplikasi berasaskan web menjadi lebih mudah. Dokumen HTML telah dibahagikan kepada beberapa Element yang tersusun dalam struktur masing-masing.

contoh kandungan html:
<html>
<head>
<title>My title</title>
</head>
<body>
<h1>My header</h1>
<a href="">My link</a>
</body>
</html>
Kandungan fail html ini ditafsirkan oleh fungsi DOM sehingga membentuk rajah berikut.

Dengan adanya fungsi ini, pembangun aplikasi berasaskan web menjadi lebih menarik dan setiap kandungannya akan menjadi lebih dinamik. Fungsi getElementById merupakan salah satu fungsi yang membolehkan kita memanggil mana-mana elemen yang disertakan dengan attributes id.
contoh: <a id="anchor_one" href="">My link</a>
Sekiranya pada dokumen html terdapat arahan anchor ini maka kebiasaan kita akan menggunakan arahan;
  1. anchor_one.innerHTML = "Tukarkan Teks asal kepada Yang ini"
  2. atau document.anchor_one.innerHTML = "Tukarkan Teks asal kepada Yang ini"
  3. atau document.all["anchor_one"].innerHTML = "Tukarkan Teks asal kepada Yang ini"
Sayangnya arahan ini hanya akan berjaya dilaksanakan sekiranya pengguna menggunakan pelayan Internet Explorer. Bagi pelayan lain ia akan memaparkan ralat anchor_one tidak wujud. Untuk membolehkan ia dilaksanakan pada pelayan lain maka arahan tersebut perlu ditukarkan kepada;
  1. document.getElementById("anchor_one").innerHTML = "Tukarkan Teks asal kepada Yang ini"
Barulah teks "My link" akan ditukarkan kepada "Tukarkan Teks asal kepada Yang ini" tanpa perlu pengguna hanya menggunakan IE sahaja.
Sebagai pembangun perisian berasaskan web, anda mestilah mula menggunakan fungsi ini. Tetapi sekiranya anda sekadar membangunkan perisian untuk digunakan oleh pengguna IE sahaja, tidak perlulah bersusah payah untuk menggunakan fungsi ini.
Rujukan:
# http://www.tizag.com/javascriptT/javascript-innerHTML.php
# http://www.w3schools.com/HTMLDOM/dom_intro.asp
# http://getelementbyid.com

# 

Tuesday, June 16, 2009

Memuatkan Isu ke dalam Facebook melalui Blog

2 comments

Perkembangan dunia maklumat tidak dapat dibendung lagi. Ia terus berkembang dengan wujudnya berbagai aplikasi yang dibentuk bagi merealisasikan teori komunikasi tanpa sempadan. Jika dahulu amat mustahil bagi Alexander Graham Bell untuk memikirkan bahawa manusia boleh bercakap dengan talipon dimana-mana sahaja kerana wujudnya kekangan kepada panjangnya wayar yang perlu ditarik.

Setelah kekangan dan kokongan itu dibuang maka hari ini Manusia boleh bercakap dimana sahaja tanpa ada batas sempadan. Begitu juga pesatnya perkembangan teknologi maya yang dikenali Internet ini berlaku. Jika dahulu mana mungkin seorang daripada Malaysia mampu mengenali individu daripada dunia yang tak dikenali, tetapi hari ini kita boleh berkongsi nilai yang kita suka tanpa perlu pergi jauh ke hujung dunia.

Kemunculan aplikasi Facebook antaranya telah membuka lebaran baru kepada hubungan sosial sesama manusia yang hari ini begitu canggih. Kaedah menyampaikan maklumat juga berkambang dengan wujudnya komuniti maya tersebut. Bagi mereka yang mempunyai Blog dan ingin berkongsi nilai yang mungkin dibawa oleh mereka tentulah tercari-cari bagaimana untuk tidak perlu melakukan kerja berganda bagi memuatkan isu yang dikehendaki.

Notes di dalam Facebook

Fungsi Notes yang terdapat di dalam Facebook(FB) bukan sekadar wujud tanpa sebarang fungsi tambahan. Selain daripada memuatkan isu satu persatu melalui borang yang disediakan kita juga boleh mengaktifkan fungsi rss yang disediakan. Apabila fungsi ini diaktifkan FB akan membuat semakan kepada alamat blog yang dinyatakan dan akan mengemaskini maklumat terbaru sebagai Notes anda.

Langkahnya:

1. Klik Icon Notes melalui panel FB Application yang terdapat pada laman FB anda.


2. Perhatikan bahagian ini. Terdapat perkataan Import a blog>>
3. Klik perkataan Import a blog>>


4. Masukkan alamat rss bagi laman blog anda contoh: http://orelamo.blogspot.com/feeds/posts/default pada bahagian Web URL.

5. Akur dengan syarat yang dinyatakan.
6. Klik butang Start Importing.

Setelah itu FB akan menyenaraikan setiap isu baru yang telah dimuatkan ke dalam laman blog yang anda maksudkan. Akhir sekali Klik butang Continue. FB akan membuat semakan setiap 3 Jam.
Sayangnya hanya satu alamat web yang dibenarkan. Mungkin akan datang ia akan diperbanyakkan lagi. Selamat mencuba

# 

Posting di Blog Update Notes dalam Facebook

0 comments

Mungkin ini adalah permulaan pada satu yang baru kepada saya. Mungkin ramai pengguna Facebook yang mahu setiap isu yang dimuatkan mereka di dalam blog masing-masing akan dipaparkan secara terus ke dalam akaun Facebook mereka. Oleh itu inilah penyelesaiannya.

Artikel ini dimuatkan ke dalam Blog saya dan ia akan dikemaskini secara terus kedalam akaun Facebook melalui kaedah RSS yang telah disediakan. Kaedahnya telah disediakan dan akan diperincikan nanti.

#