Pages

Showing posts with label mobile. Show all posts
Showing posts with label mobile. Show all posts

Thursday, March 26, 2009

GMail dalam handphone

Membaca atau menulis email akan menjadi lebih bermakna apabila ia boleh dilakukan dengan hanya berbekalkan sebuah talipon mudah alih yang rata-ratanya telah tersedia dengan fungsi GPRS dan boleh digunakan oleh pemilik akaun prabayar seperti aku.

Oleh itu, apakah keperluannya bagi talipon anda?

1. Akses capaian kepada internet.
2. Menyokong penggunaan aplikasi java.
3. Akaun email gmail.

Apabila kesemua keperluan dipenuhi maka bolehlah kita layari http://m.google.com/ dan pilih jalinan kepada gmail. Ikuti langkah yang disediakan dan muat turun aplikasi tersebut untuk dipasang kepada talipon. Setelah selesai anda akan diminta untuk mengisi maklumat akses kepada akaun gmail.

Aplikasi ini berfungsi dengan baik pada K530i yang dikeluarkan oleh Sony Ericsson. Selamat mencuba.

Penggunaan fungsi email (K530i)

Fungsi email yang disediakan oleh Sony Ericsson melalui model K530i mampu menyokong penggunaan pop3 dan juga imap4 malah berfungsi dengan baik menggunakan akaun gmail daripada google. Walaubagaimanapun proses menghantar email sering dibosankan dengan ralat 'server not found'. Mungkin fungsi ini lebih sesuai kepada pemilik akaun 3G dan bukannya prabayar seperti aku.

Walaupun sedikit kecewa namun ia terubat jua apabila aku terjumpa aplikasi gmail untuk mobile. Ia merupakan antara kemudahan yang disediakan oleh google selain daripada googlemap. Ia boleh dimuat turun melalui http://m.google.com/ dan perlu dipasang pada talipon
bimbit.

Sehingga saat isu ini dihantar aku masih tidak jumpa sebarang kecacatan selain daripada penggunaan bateri yang aku rasa sedikit tinggi. Aku cukup selesa menggunakannya.

Bagaimana memuatkan isu melalui handphone.

Menulis isu kadangkala sesuatu yang menyusahkan apabila terpaksa bergantung kepada komputer dan akses kepada internet. Alangkah baik sekiranya aku punyai satu gajet yang boleh aku bawa kemana dan menggunakannya bila-bila masa sahaja seperti hanphone aku.

Bercakap pasal handset pula, berbagai jenama yang ada dan dijual dengan harga yang berbagai-bagai. Jika mahu yang mampu mengakses internet pula aku perlu punyai ringgit yang tinggi.

Bagaimanakah K530i aku ini mampu lakukan semua ini? Nampaknya bukanlah susah sangat, sekarang aku sudahpun mampu lakukan dimana sahaja. Apa yang diperlukan ialah phone aku ada line dan smtp akaun yang membolehkan aku menghantar email.

Berbekalkan akaun gmail dan kemudahan yang disediakan oleh google akhirnya semua itu tidak lagi mustahil dan kini ia menjadi semudah 1,2,3.