Pages

Showing posts with label windows. Show all posts
Showing posts with label windows. Show all posts

Tuesday, May 6, 2014

Pelbagaikan penggunaan "Page Number" dalam satu dokumen Microsoft Word.

Ramai antara pengguna Microsoft Word yang saya kenali tidak menggunakan kebolehan yang disediakan dengan sempurna. Ramai dilihat lebih suka mengasingkan kandungan dokumen kepada beberapa fail mengikut bahagian/modul/bab tertentu ke dalam fail yang berbeza..

Akhirnya wujudlah fail a.doc untuk maklumat kandungan, fail b.doc untuk isi dan fail c.doc untuk rumusan atau lampiran. Bila ditanya kenapa tidak disimpan di dalam satu fail sahaja, jawapan yang biasa diberikan ialah... boleh ke?

Disini Saya akan kongsikan bagaimana kita boleh membahagikan bahagian/bab/modul yang mempunyai format muka surat, orientasi dan saiz kertas yang berbeza di dalam satu fail dengan menggunakan Microsoft Word.

Diakhir perkongsian ini saya mengharapkan rakan-rakan akan berupaya untuk menghasilkan satu dokumen word yang mengandungi bab-bab berikut.


1. Bab a. Isi Kandungan.

* Format kertas : A4,
* Orientasi : Potrat, 
* Page Margin sempadan : 4cm setiap sisi,
* Page Number : none.

2. Bab b. Pengenalan.

* Format kertas : A4,
* Orientasi : Potrat, 
* Page Margin sempadan : 4cm setiap sisi,
* Page Number : i, ii, iii....

3. Bab c. Isi.
* Format kertas : A4,
* Orientasi : Potrat, 
* Page Margin sempadan : 5cm Left, Top dan Bottom, 3cm Left Right,
* Page Number : 1, 2, 3....

4. Bab d. Lampiran.
 
* Format kertas : A4 dan A3,
* Orientasi : Potrat dan Landscape, 
* Page Margin sempadan : 3cm setiap sisi,
* Page Number : Lampiran 1, Lampiran 2, Lampiran 3....


Untuk melaksanakan aktiviti ini saya mengandaikan rakan-rakan telah maklum dengan beberapa istilah/terma panggilan yang digunakan dalam perisian seperti "Ribbon", "Ribbon Tabs", "Cursor". Antara "Shorcut Key" yang akan digunakan di dalam penyediaan dokumen ini ialah [ctrl] + [shift] + [8] iaitu untuk memapar/menyorok fungsi "Paragraph Mark" pada dokumen.

Langkah 1: Sediakan dokumen.


Sediakan dokumen yang anda inginkan(mengikut skop yang dinyatakan diatas). Samada bermula dari awal atau menggunakan fail yang sudah sedia ada. Pada peringkat ini tidak perlu risau tentang "setting" yang dikehendaki kerana ia akan dilakukan pada langkah seterusnya. 

Langkah 2: Masukkan Section.


Bahagikan setiap bahagian/bab kepada beberapa "Section" mengikut keperluan. Bagaimana?

Bawa Cursor ke pada tajuk untuk BAB B. Pengenalan (seperti gambar 1.0). 
Gambar 1.0
Kenapa perlu dibawa kepada tajuk untuk BAB B. Pengenalan?
Kerana kita mahu pisahkan bahagian BAB B.. dan seterusnya daripada BAB A.. Demikian juga apabila kita ingin pisahkan bahagian BAB C.. dan seterusnya daripada bahagian sebelumnya.
Keadaan ini akan mewujudkan 4 Section yang mana nanti kita akan tetapkan setting mengikut keperluan masing-masing. 
Gambar 1.1
Klik pada "Page Layout" yang terdapat pada Ribbon Tabs. Klik fungsi Breaks yang terdapat pada Ribbon terlibat dan pilih arahan "Next Page" yang terletak dibawah "Section Breaks".
Bahagian  BAB B.. dan seterusnya dipindahkan ke pada muka surat yang baru.
Lakukan langkah yang sama kepada bahagian lain iaitu BAB C.., dan BAB D..

Langkah 3: Memasukkan dan Mengubah "Page Number" bagi setiap Section.


Bawa Cursor kepada tajuk BAB A.. yang terletak pada Section Pertama. Bagaimana mahu memastikan bahawa BAB A.. benar-benar terletak di Section Pertama?
Gambar 1.2
Klik pada "Insert" yang terdapat pada Ribbon Tabs. Klik fungsi Header dan pilih arahan "Edit Header".
Gambar 1.3

Gambar 1.4
Pada ketika ini anda akan dapat melihat setiap Section yang telah dilakukan pada Langkah sebelumnya diberi nama Section 1, Section 2 dan seterusnya.
Melalui Ribbon "Design" Klik pada fungsi "Page Number" dan pilih arahan "Accent Bar 1" yang terletak dibawah arahan "Top Of Page".
Anda boleh pilih bentuk yang anda suka dan tidak semestinya sama seperti apa yang saya tunjukkan.
Sekali lagi klik pada fungsi "Page Number" dan pilih arahan "Format Page Numbers".

Gambar 1.5
Disini anda boleh tentukan bentuk yang anda kehendaki melalui pilihan yang terdapat pada arahan "Number format". Pada bahagian "Page Numbering" terdapat dua pilihan yang anda boleh lakukan iaitu;

* Continue from previous section.

Jika anda mahu bilangan nombor muka surat yang berterusan dari Section yang sebelumnya.

* Start at:

Jika anda mahu memulakan semula bilangan nombor muka surat bagi Section tersebut.

Untuk tugasan ini saya memilih format (1, 2, 3.. ) dan "Continue from previous section" untuk Section 1 dan Klik "OK".

Bawa Cursor pada Header bagi section seterusnya. Klik "Page Number" dan pilih arahan "Format Page Numbers".

Untuk tugasan ini saya memilih format berikut;

* Format (i, ii, iii...) dan Start at: i untuk Section BAB B.
* Format (1, 2, 3...) dan Start at: 1 untuk Section BAB C.
* Format (1, 2, 3...) dan Start at: 1 untuk Section BAB D.

Seterusnya kita akan "Setting" mengikut keperluan, iaitu pada Section 1 sepatutnya tidak ada "Page Number" manakala pada Section 4 "Page Number"nya akan menjadi Lampiran 1, Lampiran 2 dan seterusnya.

Bawa Cursor pada Header Section 2.

Anda akan dapati terdapat satu tulisan "Same as Previous" disebelah kanan dokumen. Ini menunjukkan Setiap Header dari Section yang lain akan mengikuti susun atur Header Section Sebelumnya. Jika anda memadamkan kandungan Header pada Section 1 maka Header yang lain juga akan terpadam. Untuk membolehkan kita memadamkan Header pada Section 1 maka fungsi "Same as Previous" perlu di nyah aktifkan terlebih dahulu.

Gambar 1.6
Klik arahan "Link to Previous" yang terdapat pada Ribbon Design.

Ini akan menyah-aktifkan/aktifkan fungsi tersebut pada section terlibat. Apabila fungsi tersebut dinyah-aktifkan dari Section tersebut perkataan "Same as Previous" akan hilang. Lakukan perkara yang sama pada Header untuk Section 4 yang telah kita wujudkan sebelum ini.

Bawa Cursor pada Header untuk Section 1.

Sekarang, apa sahaja yang anda buat pada Header ini tidak akan menganggu kandungan pada Header lain. Buang perkataan 1 | Page dan Border line yang telah dibentuk sebelumnya sewaktu arahan Page Number dilaksanakan.

Bawa Cursor pada Header untuk Section 4.

Ubah penampilan daripada 1 | Page kepada Lampiran 1. Perubahan ini juga tidak akan menganggu Section yang lain.

Langkah 4: Mengubah orientasi, saiz dan sempadan sisi bagi dokumen.


Bawa Cursor pada Header untuk Section 1.
Klik pada Margins yang terdapat di dalam Ribbon "Page Layout" dan pilih arahan "Custom Margins".

Gambar 1.7
Masukkan nilai 3 dalam bahagian Top:, Left:, Bottom: dan Right:.
Pilih "Paper Size" sebagai A4 dan klik OK

Seterusnya bawa Cursor pada Header untuk Section seterusnya dan tukarkan "Custom Margins" Masing-masing.

Pada bahagian Section 4 pula, wujud sedikit keperluan dimana Lampiran 2 memerlukan penggunaan Landscape dan kertas bersaiz A3. Manakala Lampiran 3 kembali menggunakan format Potrait dan kertas bersaiz A4. Untuk menyelesaikan tugasan ini, kita perlu pisahkan Lampiran 2, 3 dan seterusnya dengan menggunakan Section sebagaimana yang diterangkan dalam Langkah 2. Sekiranya berjaya anda boleh mengubah format "Page Layout" bagi lampiran 2 dengan jayanya.

Bawa Cursor pada Header untuk Section 5 (Dengan andaian bahawa anda telah berjaya melaksanakan tugasan memasukkan Section tambahan bagi tujuan Lampiran 2 dan seterusnya)
Klik pada Margins yang terdapat di dalam Ribbon "Page Layout" dan pilih arahan "Custom Margins".

Gambar 1.8
Masukkan nilai Margins yang diperlukan.
Klik Landscape untuk pilihan Orientation.
Tukar Paper size kepad A3 dan Klik OK.

Seterusnya anda akan dapati Section 6, yang mana duduk letaknya Lampiran 3 dan seterusnya akan mengikut format bagi Lampiran 1 sekiranya ia tidak diubah. Setiap nilai dan pembolehubah yang wujud di dalam perkongsian ini boleh diubahsuai mengikut keperluan masing-masing. Dengan ini anda telah berjaya melaksanakan satu tugasan yang mempelbagaikan penggunaan format Page Number, Margin, Orentation, Paper Size di dalam satu fail. 

Nantikan artikel bagaimana membina "Table of Contents" bagi dokumen yang telah disiapkan. 

Thursday, November 14, 2013

Manipulasi data XML menggunakan VBA di dalam Microsoft Access

Penggunaan data XML semakin popular di kalangan pembangun sistem aplikasi yang menggunakan web sebagai tapak penyimpan. Sifatnya yang mudah dan serasi dengan apa jua model pembangun aplikasi menyebabkan ia mula mendapat tempat dalam dunia aplikasi. Kewujudan "Cloud Computing" telah menjadikan penggunakan kaedah ini semakin popular.

Bagaimanakah data XML ini boleh digunakan di dalam perisan Microsoft Access. Apa yang saya akan lakukan di dalam artikel ini ialah;
  1. Membaca jadual data daripada SQL Server yang mengandungi data XML yang di simpan dalam bentuk XML Document atau String.
  2. Tukarkan data XML kepada bentuk DAO.Recordset.
  3. Paparkan Recordset dalam bentuk Jadual di dalam Form @ Report.

1. Membaca Jadual data daripada SQL Server
    Set xmlDoc_ = CreateObject("Microsoft.xmldom")
    xmlDoc_.async = False
 
    Dim db As Database
    Dim tbl As TableDef
    Dim qdf As QueryDef
    Dim rs As Recordset
 
    Set db = CurrentDb
    Set tbl = db.TableDefs("[dbo_db]")
 
    If tbl.Connect <> vbNullString Then
 
        Set qdf = db.CreateQueryDef("")
        qdf.Connect = tbl.Connect
        qdf.SQL = "EXEC GetDataLaporan '" & Me.id & "'"
        qdf.ReturnsRecords = True
     
        Set rs = qdf.OpenRecordset
        Debug.Print "record Count : " & rs.RecordCount
        If Not rs.EOF Then
            Debug.Print rs!laporanXML
            xmlDoc_.loadXML (rs!laporanXML)
        End If
     
        rs.Close
        qdf.Close
     
    End If

Set xmlDoc_ = CreateObject("Microsoft.xmldom")
Menyediakan pembolehubah untuk XML Document bagi menerima data XML yang diambil dari SQL Server.

Set qdf = db.CreateQueryDef("")Membina Query sementara di dalam Ms Access sebagai pemboleh ubah qbf untuk menyimpan jadual data dari SQL Server.

qdf.Connect = tbl.ConnectMelakukan sambungan kepada SQL Server menggunakan ODBC bagi melaksanakan arahan Store Procedure yang telah dibentuk sebelumnya.

xmlDoc_.loadXML (rs!laporanXML)Memuatkan data XML kedalam pembolehubah xmlDoc_ untuk digunakan dalam peringkat seterusnya.


2. Tukarkan data XML kepada bentuk DAO.Recordset.
Contoh 1.1 - data XML yang terdapat dalam pemboleh ubah xmlDoc_
<laporan>
    <pecahan>
        <bhg>A</bhg>
        <desc>Umur/Bilangan</desc>
        <items>
            <no>A1</no>
            <desc>&lt; 20 Tahun</desc>
            <score>23</score>
        </items>
        <items>
            <no>A2</no>
            <desc>21 - 30 Tahun</desc>
            <score>76</score>
        </items>
    </pecahan>
    <pecahan>
        <bhg>B</bhg>
        <desc>Bahasa</desc>
        <items>
            <no>B1</no>
            <desc>Melayu</desc>
            <score>99</score>
        </items>
        <items>
            <no>B2</no>
            <desc>Arab</desc>
            <score>0</score>
        </items>
    </pecahan>
</laporan>
Bagi membolehkan sesuatu data XML diterjemahkan dalam bentuk ia perlulah mempunyai ciri-ciri yang lebih jelas bagi menerangkan fungsi setiap medan data yang wujud seperti nama medan, jenis data, panjang data dan sebagainya.
Recordset 
Contoh 1.2 - data XML yang lengkap.
<?xml version="1.0"?>
<xs:schema xmlns:xs="http://www.w3.org/2001/XMLSchema">

<xs:element name="note">
<xs:complexType>
<xs:sequence>
<xs:element name="to" type="xs:string"/>
<xs:element name="from" type="xs:string"/>
<xs:element name="heading" type="xs:string"/>
<xs:element name="body" type="xs:string"/>
</xs:sequence>
</xs:complexType>
</xs:element>

</xs:schema>
Untuk tujuan ini saya menggunakan data XML (contoh 1.1) kerana ia telah wujud dalam sistem yang sedang dipertingkatkan. Data ini perlulah diubah kepada bentuk Recordset terlebih dahulu sebelum ia boleh digunakan bersama element pada form.

Untuk tujuan ini saya menyediakan satu jadual data yang diberi nama mod_peserta_temp bagi menyimpan data sementara sebelum ia dipaparkan pada form dengan menggunakan fungsi PivotTable yang terdapat di dalam Ms Access.

Senarai aturan untuk menukarkan data XML kepada jadual mod_peserta_temp.
Dim xtb As TableDef
Dim addNew() as Variant
Dim fieldIndex as Integer
CurrentDb.Execute ("DELETE From mod_peserta_temp")
Set xrs = CurrentDb.OpenRecordset("mod_peserta_temp")
LoadNodesIntoRs Me.xmlObject.childNodes, xrs, 0
xrs.Close

Private Sub LoadNodesIntoRs(ByRef nodes As Object, rs As Recordset, recordCount As Integer)
       Dim xNode As Object
       For Each xNode In nodes

            recordCount = recordCount + 1
            If xNode.nodeType = 3 Then
                xNode.nodeType

                Select Case xNode.parentNode.nodeName
                    Case "desc"
                        If fieldIndex = 2 Then fieldIndex = 3 Else fieldIndex = 1
                    Case "bhg"
                        fieldIndex = 0
                    Case "no"
                        fieldIndex = 2
                    Case "score"
                        fieldIndex = 4
                 End Select

                    addNew(fieldIndex) = xNode.nodeValue

                If xNode.parentNode.nodeName = "score" Then
                    fieldIndex = 2
                    rs.addNew
                    addNew(4) & """]"
                    rs(0) = addNew(0)
                    rs(1) = addNew(1)
                    rs(2) = addNew(2)
                    rs(3) = addNew(3)
                    rs(4) = addNew(4)
                    rs.Update
                End If

            End If

            If xNode.hasChildNodes Then
                LoadNodesIntoRs xNode.childNodes, rs, recordCount
            End If

      Next xNode

End Sub

3. Paparkan Recordset dalam bentuk Jadual di dalam Form @ Report.

Setelah arahan aturan tersebut selesai satu jadual data akan terhasil dan sedia digunakan untuk dipaparkan pada form melalui berbagai cara. Selain itu anda juga boleh menggunakan kaedah lain yang wujud dimana anda boleh menyediakan jadual sementara dengan menggunakan arahan VBA dan paparkan kepada form. Mungkin akan saya sentuh diartikel yang lain.

Contoh hasil


Tuesday, July 3, 2012

Bagaimana Merakam Imej Skrin Komputer Anda

Bagi pengguna komputer yang telah berpengalaman, bukanlah satu arahan yang pelik sekiranya seseorang rakan di talian meminta agar diemailkan imej atau gambar skrin komputer atau dipanggil sebagai "captured screen" atau "print screen" untuk dijadikan sebagai panduan atau rujukan bergambar.

Papan kekunci komputer kebiasaannya didatangkan bersama dengan salah satu diantara kekunci PRINT SCREENPRINT SCRNPRT SC berdasarkan kepada saiz kekunci. Bagaimanapun kekunci seperti ini kebiasaanya tidak wujud pada papan kekunci yang digunakan untuk komputer "Apple Macintosh".


Kekunci ini berfungsi untuk merakamkan paparan pada setiap skrin yang disambungkan kepada komputer di dalam bentuk gambar. Contoh gambar;


Gambar ini terhasil kerana terdapat dua skrin komputer yang sedang aktif
Selain kunci ini ditekan secara sendirian, ia juga boleh digunakan bersama dengan kunci ALT bagi mendapatkan imej tetingkap yang sedang aktif sahaja. Contoh;
Penggunaan Kunci Print Screen Sahaja
Penggunaan Kunci Print Screen bersama kunci Alt

Berikut adalah langkah yang boleh digunakan oleh setiap pengguna bagi mendapatkan imej atau gambar skrin komputer untuk dijadikan rujukan bergambar. 
  1. Apabila sudah bersedia dengan paparan yang dikehendaki, tekan kunci [print screen].

    Bagi pengguna komputer riba, kunci [print screen] mestilah digunakan bersama dengan kunci [fn]
  2. Aktifkan mana-mana perisian yang mampu memproses gambar seperti paint, photoshop, power point dan lain-lain.
  3. Tekan kunci [ctrl] bersama dengan kunci [v] bagi menempelkan rakaman imej yang telah dibuat oleh komputer pada langkah 1.
  4. Anda boleh membuat perubahan pada imej yang telah ditempelkan tersebut.
Selamat Mencuba.

Tuesday, March 1, 2011

Mengubah "AutoNumber" dalam Microsoft Access

Kebiasaan kita yang menggunakan Microsoft Access hanya menganggap fungsi AutoNumber hanyalah untuk menghasilkan angka 0, 1, 2, 3 secara berturutan ataupun rawak. Pernahkah kita mencuba untuk mengubah penghasilan autonumber ini kedalam bentuk format yang tersendiri seperti STAFF-10-0001, STAFF-10-0002, STAFF-10-0003 dan seterusnya.

Bagi mereka yang ingin mencuba sila ikuti arahan berikut:


1. Dalam keadaan Table Design View.
2. Masukkan Field Name.
3. Pilih Data Type sebagai AutoNumber.
4. Isikan Properties Format dengan kod yang dihendaki seperti "MB7"000 bagi menghasilkan kod seperti MB7001, MB7002 dan seterusnya.

Huruf yang diletakkan didalam tanda "" tidak akan berubah, manakala nombor 000 akan di tambahkan dengan nilai 1 setiap kali data dimasukkan.
Selamat mencuba

Monday, May 18, 2009

Windows Punca Kepada Masalah Virus

"Itulah engkau, pakai lagi windows xp, kan dah kena virus." kata seorang kawan kepada rakannya yang baru sahaja ditimpa masalah berkaitan virus.
"Maaf lah prof, saya memang nak hantar hari ini, tapi komputer saya kena virus, habis fail tugasan saya tak boleh buka." rayu pelajar kepada pensyarahnya kerana tidak dapat menghantar tugasan pada tarikh yang sepatutnya.
Berbagai-bagai keadaan mungkin berlaku akibat daripada kesan serangan virus kepada data dan juga sistem operasi sesebuah komputer. Lebih teruk lagi sekiranya ia membawa kepada situasi di mana seseorang mungkin dipecat hasil daripada kejadian tersebut.

Benarkah Sistem Operasi Windows yang dikeluarkan oleh Microsoft ini tak baik?

Mungkin ramai yang berpendapat bahawa penggunaan Operasi Windows sendiri yang membawa kepada jangkitan virus. Ramai yang menganggap bahawa sistem tersebut penuh dengan perangkap yang menunggu mangsanya.

Pada saya, Microsoft telah mencuba sedaya upaya dalam melahirkan satu sistem yang mesra pengguna bagi memastikan setiap orang di seluruh dunia boleh mengendalikannya walaupun ia adalah pengalaman pertama. Usaha microsoft dalam memastikan sistem ini mampu melakukan sendiri sebahagian proses yang tidak perlu dilakukan oleh pengguna harus dihargai. Walaubagaimanapun fungsi ini juga yang digunakan oleh inidividu tertentu dalam mencapai matlamat mereka.

Fungsi AutoPlay atau Autorun.

Autoplay merupakan fungsi yang tersedia di dalam operasi windows bagi melaksanakan siri arahan tertentu yang biasa dilakukan oleh pengguna bagi membuka kandungan CD yang baru sahaja dimasukkan pada pemancunya. Antara siri arahan tersebut ialah:
1. Double Click pada My Computer
2. Cari Drive CD/DVD daripada List
3. Double Click pada Drive CD/DVD
4. Double Click pada fail yang ingin dilaksanakan.
Apakah fail yang akan dilaksanakan? Keadaan ini mungkin berbeza sekiranya pengguna tersebut telah biasa dengan kandungan CD dan juga selok belok teknikal berkaitan komputer. Apa akan berlaku jika pengguna adalah seorang yang baru pertama kali berhadapan dengan situasi tersebut?

Hasil daripada situasi tersebut, microsoft tampil dengan idea Autoplay yang mana komputer akan melaksanakan beberapa siri arahan yang telah ditetapkan di dalam CD tanpa disedari oleh pengguna. Hasil daripada perlaksanaan arahan tersebut, pengguna akan dipaparkan dengan antaramuka yang lebih mudah difahami dan menarik.

Siri arahan ini disimpan di dalam CD, HDD atau USB terbabit dan diberi nama autorun.inf. Kewujudan fail autorun.inf akan mengarahkan sistem operasi window melaksanakan setiap baris arahan yang terdapat di dalamnya. Antara contoh arahan yang biasa ialah:
[AutoRun]
open=setup.exe
icon=setup.exe,0
Keadaan ini digunakan oleh individu tertentu dalam melaksanakan beberapa siri arahan yang akan menimbulkan masalah kepada pengguna, antaranya;
  • Pengguna tidak dapat melihat fail yang disembunyikan(hidden)
  • Pengguna tidak dapat mengubah kandungan regedit
  • Pengguna tidak dapat melihat arahan "folder option"
  • Menyalin fail Virus ke dalam folder yang telah ditetapkan
  • Melaksanakan arahan yang akan mengaktifkan fail tersebut
Sayangnya, arahan ini akan dilaksanakan terlebih dahulu oleh sistem komputer sebelum antivirus berjaya mengesan kehadiran unsur yang tidak diingini di dalam sumber tersebut. Apabila virus tersebut berjaya aktif di dalam komputer tersebut maka ia akam menyalin dirinya ke pada setiap pemancu cakera yang wujud pada komputer tersebut antaranya seperti HDD dan juga USB Stick.

Demikianlah kesempatan yang diambil oleh para Hacker's kepada kebaikan yang disediakan oleh Microsoft dalam memastikan matlamat mereka tercapai.

Bagaimana mengatasi masalah ini?

Terdapat berbagai cara dan kaedah yang digunakan, termasuklah menggunakan tool's yang disediakan oleh pengeluar antivirus. Walaubagaimanapun, mencegah adalah lebih baik daripada mengubati.
"Bagaimana fail saya yang dah hilang kerana virus tu?" Tanya seorang pelajar kepada juruteknik yang membaiki komputernya
"Maaflah encik, saya tak dapat buat apa-apa. lagipun ia dah berlaku dan saya cuma mampu buangkan virus sahaja." jawab juruteknik tersebut.

Keadaan di atas sering kali kita dengar, malah inilah kesan kepada jangkitan virus tersebut. Oleh itu wajar kita cuba mencari kaedah bagaimana untuk memastikan kita tidak menjadi proksi kepada penyebaran virus tersebut.

Langkah Pencegahan

1. Memastikan CDRW, Removeable Hard Disk dan USB Stick tidak dijadikan sebagai proksi penyebaran Virus.
Langkah 1: Bentukkan satu folder "autorun.inf" di dalam pemancu anda. Pastikan folder tersebut berada pada pangkal pemancu anda.
2. Memastikan sistem komputer tidak dijangkiti virus melalui fungsi Autorun@Autoplay
Langkah 1: sila baca Nyahkan fungsi Autorun@Autoplay daripada sistem operasi.
Setelah selesai melakukan tatacara berikut, anda boleh mencuba samada fungsi tersebut masih berfungsi atau tidak.

Langkah 1: Dapatkan CD games atau CD windows.
Langkah 2: Masukkan ke dalam pemacu drive dan tunggu seketika

Sekiranya tiada perkara yang berlaku, maka usaha anda telah membuahkan hasilnya.
Selamat mencuba

Wednesday, April 29, 2009

Userinit.exe - Logoff sejurus Login

Pengguna komputer hari ini sering terdedah kepada jangkitan virus yang menyerang sistem ingatan, data, rangkaian, pengoperasian malah ada yang terpaksa berhadapan dengan kehilangan fail dan kerosakan kepada peralatan itu sendiri.

Risiko kehilangan dapat dikurangkan apabila pengguna memasang perisian pencegahan kedalam sistem komputer mereka. Pengguna boleh mendapatkan berbagai aplikasi pencegahan yang diberi percuma seperti Avast, Avg, Portable dan lain-lain . Perisian ini berupaya mengesan dan menghapuskan virus yang berprofail tinggi.

Walaupun perisian pencegahan yang dipasang mampu membuang semua virus yang ditemui, namun kesan kepada sistem operasi komputer tetap ada. Kesan ini menyebabkan sistem pengoperasian terpaksa mengambil masa yang lebih untuk menganalisa arahan yang diletakkan oleh virus-virus tersebut. Kadangkala ia mengakibatkan komputer tidak dapat membaca maklumat pengguna sehingga tidak dapat memaparkan paparan lantai bagi pengguna terlibat.

Kejadian di mana sistem akan kembali kepada keadaan LOGOFF sejurus arahan LOGIN dilaksanakan merupakan salah satu daripada kesan peninggalan virus-virus tersebut. Keadaan ini juga berlaku daripada kecuaian pengguna dan berlaku kerosakkan dalam maklumat fail.

Keadaan ini bertambah teruk apabila terdapat pengguna yang terpaksa menggunakan kaedah "reformating" bagi membolehkan mereka menggunakan sistem komputer mereka. Kaedah ini menyebabkan pengguna terpaksa berdepan dengan kehilangan data yang serius. Oleh itu jom kita cuba selesaikan:

Penyelesaian

Langkah 1: Menyediakan CD Pemula bagi Windows.
Penggunaan CD Pemula akan membolehkan komputer diaktifkan dengan menggunakan sistem yang terpasang didalamnya. Ia dikenali sebagai BartPE ataupun mini window yang boleh dipasang kepada CD atau pun "removeable drive" seperti USB, dan External Hard Drive.

Untuk melakukannya sila lawati laman web berikut http://www.nu2.nu/pebuilder/.

Langkah 2: Semak dan Betulkan Arahan bagi UserInit di dalam regedit.

- Masukkan CD Pemula BartPE ke dalam pemancu CD dan mulakan sistem daripada CD tersebut.
- Setelah Window PE selesai, taip arahan "regedit.exe" pada tingkap arahan dan tekan kunci ENTER












- Pilih HKEY_USERS seperti gambar.
- Klik arahan FILE -> Load Hive dan buka Folder berikut C:\Windows\System32\Config\



























- Pilih fail bernama SOFTWARE (tanpa jenis fail) dan klik arahan Open
- Taipkan nama bagi "hive" yang baru dibuka.
- Untuk membuat pembetulan bagi userinit, pergi ke HKEY_USERS \ MYHOUSE\ Microsoft \ Windows NT \ CurrentVersion \ Winlogon

- Klik pada kunci userinit dan pastikan arahannya sama seperti berikut
C:\Windows\System32\Userinit.exe,

NOTES: Sekiranya fail userinit.exe tidak wujud di dalam komputer anda, sila gunakan Window CD untuk menyalin fail tersebut.
rujukan:

Tuesday, September 16, 2008

Lindungi Fail daripada pengguna yang tidak sah

Ramai antara pengguna komputer merasa kurang selesa untuk menyimpan fail-fail peribadi di dalam komputer pejabat atau di rumah kerana bimbang ia akan di buka atau diketahui oleh individu yang tidak berkenaan seperti anak, isteri, rakan-rakan atau ketua.

Bagi sesetengah pengguna, mereka selesa menggunakan fungsi "hidden files/folder" yang telah sedia terbina dalam sistem windows xp. Walaubagaimanapun, jika terlupa untuk menyahaktifkan fungsi "show hidden file and folder" yang terdapat di dalam arahan "folder option" maka folder tersebut akan terdedah kepada sesiapa sahaja yang bakal menggunakan komputer tersebut.

Bagi mereka yang sanggup berbelanja sedikit bagi tujuan tersebut, mereka akan menemui beberapa perisian yang berbayar seperi Lock Folder XP 3.6, Folder Lock 5.9.5, dirLock 1.4 dan banyak lagi. Kebanyakan perisian ini perlu dibeli.

Manakala bagi mereka yang tidak sanggup berbelanja, ia boleh mendapatkan perisian Microsoft Private Folder 1.0 yang diberi percuma oleh Microsoft sendiri.

Perisian tersebut membolehkan kita memasukkan katalaluan kepada setiap folder yang hendak kita lindungi.

Selamat mencuba.

Monday, September 15, 2008

Aktifkan Semula fungsi Tools->Folder Option

REG add HKEY_CURRENT_USER\Software\Microsoft\Windows\CurrentVersion\Policies\Explorer /v NoFolderOptions /t REG_DWORD /d 0 /f

Wednesday, July 16, 2008

Aktifkan kembali fungsi "Command Prompt" dan "Regedit"

Masalah:

Mungkin anda pernah mengalami masalah berikut;
"The command prompt has been disabled by your administrator."
"Registry editing has been disabled by your administrator."
Keadaan ini berlaku apabila arahan cmd atau regedit cuba dilaksanakan.
Penyelesaian:
Terdapat berbagai cara dan kaedah yang boleh digunakan untuk menyelesaikan masalah ini. Berikut adalah satu kaedah mudah yang anda boleh gunakan tanpa perlu membuat instalasi perisian tambahan kedalam sistem komputer anda.

Dengan hanya menggunakan fungsi RUN anda boleh mengaktifkan semula fungsi regedit dan cmd yang telah dinyahkan fungsinya oleh administrator. untuk itu terdapat dua siri arahan yang boleh digunakan.

Arahan Aktifkan Command Prompt:
REG add HKCU\Software\Policies\Microsoft\Windows\System /v DisableCMD /t REG_DWORD /d 0 /f

Arahan Aktifkan Regedit:
REG add HKCU\Software\Microsoft\Windows\CurrentVersion\Policies\System /v DisableRegistryTools /t REG_DWORD /d 0 /f

Langkah penggunaan:
  1. Salin arahan yang anda inginkan.
  2. Klik butang START windows dan pilih arahan RUN
  3. Tampalkan arahan tersebut pada petak yang disediakan.
  4. klik OK.

Selamat mencuba.

Monday, July 14, 2008

Aktifkan Fungsi "Automatic Logon" bagi Windows XP

"leceh betullah.. " rungut seorang kawan sewaktu kami membuat configurasi komputer yang digunakan sebagai signage controller.

"tiap kali masuk windows nak kena logon. kan bagus kalau kita boleh setkan terus pada windows ni agar tak payah lagi dia minta password. ni sikit-sikit minta password.. " rungutnya lagi.
Bagi pengguna windows xp, ada antara kita yang terpaksa memasukkan kata laluan setiap kali kita memulakan operasi komputer. Ini berlagi setiap kali kita mahu mengaktifkan windows. Bagi mereka ingin meletakkan komputer tersebut sebagai kegunaan kios, semestilah fungsi tersebut hendak dielakkan kerana ia akan memberikan masalah setiap kali sistem komputer tersebut dimulakan.

Manakala ada pula pengguna windows xp yang tidak perlu memasukkan sebarang kata laluan sewaktu mereka memulakan operasi komputernya. Oleh itu, ia memberikan gambaran pada saya sewaktu itu bahawa situasi itu boleh ditentukan oleh pengguna, tapi bagaimana?

Berdasarkan kepada rujukan dan bacaan saya di laman web, saya dapati ia boleh dilaksanakan.
langkah-langkahnya:

  • Klik Butang "Start" Pilih arahan RUN:

Image:Start-run.gif

  • di dalam petak yang disediakan taip "control userpasswords2" (tanpa simbol ") dan klik OK:

Image:Controluserpasswords2.gif

  • Buang tanda pada arahan "Users must enter a user name and password to use this computer.":

Image:Controluserpasswords2a.gif

  • Pindah ke tingkap Advanced dan buang tanda pada arahan "Require users to press Ctrl + Alt + Delete":

Image:Useraccounts.gif

  • Klik OK
  • Masukkan maklumat yang diminta (Jika tiada katalaluan yang digunakan, biarkan petak password itu kosong)

Image:Autologon.gif

Seterusnya anda boleh melakukan arahan "restart" pada komputer anda untuk melihat hasilnya.
Selamat Mencuba..


Rujukan:
How to automatically log in to Windows XP Professional
Microsoft Windows OS Usage - NT - XP - Vista
Add User Accounts Utility (Userpasswords2) to Control Panel
Auto Logon to Windows XP