Risiko kehilangan dapat dikurangkan apabila pengguna memasang perisian pencegahan kedalam sistem komputer mereka. Pengguna boleh mendapatkan berbagai aplikasi pencegahan yang diberi percuma seperti Avast, Avg, Portable dan lain-lain . Perisian ini berupaya mengesan dan menghapuskan virus yang berprofail tinggi.
Walaupun perisian pencegahan yang dipasang mampu membuang semua virus yang ditemui, namun kesan kepada sistem operasi komputer tetap ada. Kesan ini menyebabkan sistem pengoperasian terpaksa mengambil masa yang lebih untuk menganalisa arahan yang diletakkan oleh virus-virus tersebut. Kadangkala ia mengakibatkan komputer tidak dapat membaca maklumat pengguna sehingga tidak dapat memaparkan paparan lantai bagi pengguna terlibat.
Kejadian di mana sistem akan kembali kepada keadaan LOGOFF sejurus arahan LOGIN dilaksanakan merupakan salah satu daripada kesan peninggalan virus-virus tersebut. Keadaan ini juga berlaku daripada kecuaian pengguna dan berlaku kerosakkan dalam maklumat fail.
Keadaan ini bertambah teruk apabila terdapat pengguna yang terpaksa menggunakan kaedah "reformating" bagi membolehkan mereka menggunakan sistem komputer mereka. Kaedah ini menyebabkan pengguna terpaksa berdepan dengan kehilangan data yang serius. Oleh itu jom kita cuba selesaikan:
Penyelesaian
Langkah 1: Menyediakan CD Pemula bagi Windows.
Penggunaan CD Pemula akan membolehkan komputer diaktifkan dengan menggunakan sistem yang terpasang didalamnya. Ia dikenali sebagai BartPE ataupun mini window yang boleh dipasang kepada CD atau pun "removeable drive" seperti USB, dan External Hard Drive.
Untuk melakukannya sila lawati laman web berikut http://www.nu2.nu/pebuilder/.
Langkah 2: Semak dan Betulkan Arahan bagi UserInit di dalam regedit.
- Masukkan CD Pemula BartPE ke dalam pemancu CD dan mulakan sistem daripada CD tersebut.
- Setelah Window PE selesai, taip arahan "regedit.exe" pada tingkap arahan dan tekan kunci ENTER
- Pilih HKEY_USERS seperti gambar.
- Klik arahan FILE -> Load Hive dan buka Folder berikut C:\Windows\System32\Config\
- Pilih fail bernama SOFTWARE (tanpa jenis fail) dan klik arahan Open
- Taipkan nama bagi "hive" yang baru dibuka.
- Untuk membuat pembetulan bagi userinit, pergi ke HKEY_USERS \ MYHOUSE\ Microsoft \ Windows NT \ CurrentVersion \ Winlogon
- Klik pada kunci userinit dan pastikan arahannya sama seperti berikut
C:\Windows\System32\Userinit.exe,
NOTES: Sekiranya fail userinit.exe tidak wujud di dalam komputer anda, sila gunakan Window CD untuk menyalin fail tersebut.
No comments:
Post a Comment