Pages

Tuesday, September 16, 2008

Lindungi Fail daripada pengguna yang tidak sah

Ramai antara pengguna komputer merasa kurang selesa untuk menyimpan fail-fail peribadi di dalam komputer pejabat atau di rumah kerana bimbang ia akan di buka atau diketahui oleh individu yang tidak berkenaan seperti anak, isteri, rakan-rakan atau ketua.

Bagi sesetengah pengguna, mereka selesa menggunakan fungsi "hidden files/folder" yang telah sedia terbina dalam sistem windows xp. Walaubagaimanapun, jika terlupa untuk menyahaktifkan fungsi "show hidden file and folder" yang terdapat di dalam arahan "folder option" maka folder tersebut akan terdedah kepada sesiapa sahaja yang bakal menggunakan komputer tersebut.

Bagi mereka yang sanggup berbelanja sedikit bagi tujuan tersebut, mereka akan menemui beberapa perisian yang berbayar seperi Lock Folder XP 3.6, Folder Lock 5.9.5, dirLock 1.4 dan banyak lagi. Kebanyakan perisian ini perlu dibeli.

Manakala bagi mereka yang tidak sanggup berbelanja, ia boleh mendapatkan perisian Microsoft Private Folder 1.0 yang diberi percuma oleh Microsoft sendiri.

Perisian tersebut membolehkan kita memasukkan katalaluan kepada setiap folder yang hendak kita lindungi.

Selamat mencuba.

No comments: