setiap permasalahan yang berkaitan dengan pertanian, Jabatan Pertanian
telah menyediakan berbagai kemudahan yang boleh digunakan oleh rakyat
yang ingin menjadikan bidang pertanian sebagai kerjaya mereka.
Bagaimanapun masih terlalu banyak persepsi yang tersebar dikalangan
orang ramai. 'kroni', 'rasuah', 'birokrasi', 'menyusahkan' dan
berbagai lagi simbol yang diletakan. Mungkin persepsi ini timbul hasil
daripada kekecewaan dan akhirnya diterjemahkan sebagai kegagalan
kerajaan yang memerintah.
Kroni
Segelintir menganggapnya kroni apabila ia tidak mendapat sepertimana
yang diperolehi oleh mereka yang dilihat lebih rapat dengan
orang-orang tertentu dan secara kebetulan pula mempunyai akses kepada
sumber tersebut.
Rasuah
Apabila ada seseorang memperolehi sesuatu yang tidak sepatutnya
manakala yang sepatutnya tidak mendapat apa-apa. Keadaan bertambah
buruk apabila wang terpaksa digunakan dalam mempercepat dan mendapat
sebarang perkhidmatan yang disediakan.
Birokrasi
Sikap pegawai kerajaan yang dilihat hanya memikirkan skop kerja yang
sempit dan tidak mempunyai usaha untuk berfikir diluar batasan kerja.
Demikianlah persepsi ini hidup dan berkembangan sehingga menjadi barah
menjangkiti setiap lapisan masyarakat. Barah ini akhirnya menyuburkan
perasaan benci kepada kerajaan dan akhirnya ia diterjemahkan dalam
bentuk undi pada pilihanraya.
Apakah persepsi ini ada kebenarannya atau hanya salah sangka. Ikuti
tulisan saya mengenai pengalaman saya berkunjung ke Jabatan Pertanian
dalam usaha untuk memohon bantuan membajak tanah bagi memulakan projek
pertanian.
No comments:
Post a Comment