Pages

Tuesday, June 16, 2009

Memuatkan Isu ke dalam Facebook melalui Blog

Perkembangan dunia maklumat tidak dapat dibendung lagi. Ia terus berkembang dengan wujudnya berbagai aplikasi yang dibentuk bagi merealisasikan teori komunikasi tanpa sempadan. Jika dahulu amat mustahil bagi Alexander Graham Bell untuk memikirkan bahawa manusia boleh bercakap dengan talipon dimana-mana sahaja kerana wujudnya kekangan kepada panjangnya wayar yang perlu ditarik.

Setelah kekangan dan kokongan itu dibuang maka hari ini Manusia boleh bercakap dimana sahaja tanpa ada batas sempadan. Begitu juga pesatnya perkembangan teknologi maya yang dikenali Internet ini berlaku. Jika dahulu mana mungkin seorang daripada Malaysia mampu mengenali individu daripada dunia yang tak dikenali, tetapi hari ini kita boleh berkongsi nilai yang kita suka tanpa perlu pergi jauh ke hujung dunia.

Kemunculan aplikasi Facebook antaranya telah membuka lebaran baru kepada hubungan sosial sesama manusia yang hari ini begitu canggih. Kaedah menyampaikan maklumat juga berkambang dengan wujudnya komuniti maya tersebut. Bagi mereka yang mempunyai Blog dan ingin berkongsi nilai yang mungkin dibawa oleh mereka tentulah tercari-cari bagaimana untuk tidak perlu melakukan kerja berganda bagi memuatkan isu yang dikehendaki.

Notes di dalam Facebook

Fungsi Notes yang terdapat di dalam Facebook(FB) bukan sekadar wujud tanpa sebarang fungsi tambahan. Selain daripada memuatkan isu satu persatu melalui borang yang disediakan kita juga boleh mengaktifkan fungsi rss yang disediakan. Apabila fungsi ini diaktifkan FB akan membuat semakan kepada alamat blog yang dinyatakan dan akan mengemaskini maklumat terbaru sebagai Notes anda.
Langkahnya:

1. Klik Icon Notes melalui panel FB Application yang terdapat pada laman FB anda.


2. Perhatikan bahagian ini. Terdapat perkataan Import a blog>>
3. Klik perkataan Import a blog>>


4. Masukkan alamat rss bagi laman blog anda contoh: http://orelamo.blogspot.com/feeds/posts/default pada bahagian Web URL.

5. Akur dengan syarat yang dinyatakan.
6. Klik butang Start Importing.

Setelah itu FB akan menyenaraikan setiap isu baru yang telah dimuatkan ke dalam laman blog yang anda maksudkan. Akhir sekali Klik butang Continue. FB akan membuat semakan setiap 3 Jam.
Sayangnya hanya satu alamat web yang dibenarkan. Mungkin akan datang ia akan diperbanyakkan lagi. Selamat mencuba

2 comments:

jemiro said...

:) perkembangan internet telah mempengaruhi berbagai aspek, salah satunya dalam bidang informasi, kemudahan kini terjalin berkat adanya internet :)
semoga tidak disalah gunakan saja :)

Unknown said...

Salam ziarah.
Thanks.