Pages

Sunday, June 10, 2007

Paparkan Nota Penceramah.

Pembentangan kertas kerja akan menjadi lebih menarik sekiranya setiap fakta, angka malah jalan cerita yang hendak disampaikan dapat dihafal dengan baik. Ini akan menampakkan bahawa penceramah telah benar-benar membuat persediaan yang sewajarnya sebelum membentangkannya.

Perasaan gementar sering dipersalahkan ekoran daripada kegagalan penceramah menyampaikan perkara-perkara penting yang perlu disampaikan kepada pendengar. Oleh itu, perisian MS Powerpoint telah disediakan dengan satu fungsi yang cukup berguna agar penceramah dapat memastikan setiap fakta, angka atau jalan cerita yang hendak disampaikan dapat dilihat dan dibaca tanpa disedari oleh pendengar.

Dengan menggunakan fungsi tersedia yang ada pada MS Powerpoint ini, penceramah tidak perlu lagi bergantung kepada cebisan kertas mahupun buku nota dalam mengingati setiap fakta atau angka yang hendak disampaikan.

cuba lihat gambaran ini

Gambar 1.1 Paparan skrin peserta
Gambar 1.2 Paparan skrin penceramah

Bagaimana ini boleh dilakukan pada komputer anda dengan menggunakan perisian MS Powerpoint. Apakah yang anda perlu ada untuk membolehkan ia dilaksanakan dengan jayanya.

Keperluan
  1. Komputer atau notebook yang menyokong penggunaan dua paparan (monitor).
Cara mengenal pasti samada komputer / notebook anda menyokong fungsi ini.
  • Buka "Control Panel"
  • Klik pada icon "Display"
  • Klik pada tag "Settings"
  • paparan berikut akan anda temui.

Gambar 1.3 "Single Display Support"


Gambar 1.4 "Dualdisplay Support"
Sekiranya paparan anda sama dengan imej kedua (Gambar 1.4), maka komputer/notebook anda berupaya menyokong penggunaan lebih daripada satu paparan. Pada kebiasaannya fungsi ini telah tersedia pada semua jenis komputer riba (notebook).

No 1 dan 2 pada gambar tersebut menunjukkan bilangan paparan yang boleh dipasang pada komputer anda.
Persediaan
  1. Sambungkan monitor/Lcd kepada komputer anda(Pastikan monitor/Lcd tersebut dihidupkan untuk melihat hasilnya).
  2. Buka "Control Panel"
  3. Klik icon "Display"
  4. Klik tag "Settings"
Gambar 1.5
Pada permulaannya skrin ke 2 kelihatan sedikit berbelang yang mana ia menunjukkan tidak aktif. Dalam keadaan ini, skrin pada monitor/Lcd kedua tidak menunjukkan apa-apa paparan.

Klik(Dengan menggunakan butang kanan tetikus) pada petak skrin 2 dan pilih arahan Attached(Sekiranya arahan ini telah dilaksanakan, satu tanda akan kelihatan pada sebelah kanannya.)

Klik pada butang Apply.
Perhatikan pada skrin monitor/Lcd kedua anda. Sekiranya arahan tersebut telah berjaya, ia akan memaparkan latarbelakang yang sama dengan skrin utama anda tanpa objek lain.

Bagi melakukan penalaan kepada skrin kedua.

Klik pada petak skrin 2 dan gerakkan pelaras bagi saiz skrin yang bersesuaian. Ubah penunjuk "Color quality" kepada tahap yang dikehendaki dan seterusnya Klik butang Apply apabila proses penalaan tersebut selesai.

Apabila skrin kedua anda sudah memaparkan latarbelakang yang sama dengan skrin utama, maka anda telahpun bersedia untuk maju ke peringkat seterusnya.

Talaan MS Powerpoint Slide Show
  1. Buka fail persembahan yang telah dibuat dengan menggunakan MS Powerpoint.
  2. Klik pada menu "Slide Show"
  3. Pilih Arahan "Set Up Show..."
  4. Tetapkan petunjuk "Display slide show on:" kepada selain daripada "Primary Monitor"
  5. Tandakan pada petak penanda "Show Presenter View" untuk memaparkan skrin pembentang (gambar 1.2).
    Gambar 1.6

Masukkan Nota Penceramah ke dalam Slide Powerpoint.

Pada bahagian A (diwarnakan dengan warna merah) terdapat perkataan "Click to add notes". Kebiasaannya bahagian ini dapat dilihat. Sekiranya ia tidak ada ikuti arahan berikut:
  1. Klik menu "View"
  2. Pilih arahan "Normal (Restore Panes)"

    Bahagian tersebut akan dipaparkan.
Sebarang perkataan yang diletakkan pada bahagian ini akan dapat dilihat pada skrin gambar 1.2 sebagai speaker notes. Setiap slaid mempunyai "speaker notes"nya sendiri.

Selamat mencuba.

No comments: