Pages

Saturday, June 16, 2007

Menggunakan Papan Kekunci "Keyboard" dalam persembahan MS Powerpoint.

Penggunaan tetikus dilihat lebih kerap digunakan oleh pembentang dalam mengawal slaidnya terutama sewaktu hendak berpindah kepada skrin sebelumnya. Kadangkala ia akan memberikan sedikit kecacatan kepada persembahan tersebut. Oleh itu saya akan cuba menceritakan beberapa arahan segera yang boleh digunakan oleh pembentang bagi mengawal persembahan slaid dengan menggunakan MS Powerpoint.

Keperluan:
  • Pengetahuan asas kepada persembahan slaid dengan menggunakan MS Powerpoint.
  • Komputer yang telah dipasang dengan perisian MS Powerpoint.
Persediaan:
  • Buka/bina fail persembahan anda.
  • Mulakan persembahan anda.
Bagaimana?

Terdapat berbagai kaedah yang boleh digunakan untuk memulakan persembahan anda, antaranya:

Kaedah 1:
(Tetikus)
  • Klik menu "Slide Show"
  • Pilih arahan "View Show".

(Papan Kekunci)
  • Tekan kekunci "[ alt ]"
  • diikuti dengan kekunci "[ D ]" dan
  • diikuti dengan kekunci "[ V ]".

Kaedah 2:
(Tetikus)
  • Klik pada butang yang terletak pada bahagian bawah dan sebelah kiri skrin.
(Arahan ini akan memaparkan slaid semasa anda. Sekiranya anda berada pada slaid ke-10 sewaktu butang ini ditekan, maka paparan yang akan dipaparkan ialah paparan bagi slaid ke-10. Untuk memulakan persembahan pada slaid pertama anda perlu berada pada slaid pertama sebelum butang ditekan.)

(Papan Kekunci)
  • Tekan kekunci "[ F5 ]"
(Arahan ini akan memulakan persembahan bermula daripada slaid pertama.)

atau
  • Tekan kekunci "[ shift ]" + "[ F5 ]"
Bagaimana: Tekan kekunci shift dan tanpa melepaskan kekunci shift tekan pula kekunci F5
(Arahan ini akan memulakan persembahan bermula daripada slaid semasa anda.)

Penggunaan Papan Kekunci dalam mengawal persembahan.

Sewaktu anda berada dalam persembahan, terdapat beberapa arahan segera yang boleh anda gunakan bagi mengawal persembahan dengan sebaiknya. Untuk melihat apakah senarai arahan tersebut, tekan kekunci "[ F1 ]" pada papan kekunci anda. Tetingkap berikut akan dipaparkan.

gambar 1.1 - shotcutkey Listed

Pergerakkan slaid.

anda boleh menggunakan kekunci berikut, bagi:
  • Bergerak kepada slaid berikutnya,
    N, Spacebar, Enter, Page Down atau Anak Panah Ke Kanan/Bawah.
  • Bergerak kepada slaid sebelumnya,
    P, Backspace, Page Up, atau Anak panah ke Kiri/Atas
  • Bergerak kepada slaid tertentu,
    Taip no slaid + "[ enter ]"
contoh:
Sekiranya anda sedang berada pada slaid ke 10 dan ingin pergi ke slaid ke 50, anda cuma perlu menaip nombor slaid tersebut (dalam mod persembahan - sewaktu anda menaip nombor slaid tersebut tiada sebarang perubahan pada skrin anda) dan diikuti dengan kekunci "[ enter ]". Setelah kekunci "[ enter ]" ditekan maka skrin anda akan berpindah kepada slaid ke 50.
  • Memaparkan semua senarai slaid yang ada:
    [ ctrl ] + [ S ]
    keterangan: Tanpa melepaskan kekunci ctrl tekan kekunci S
gambar 1.2 - All Slides


Untuk arahan seterusnya anda boleh lihat pada senarai yang dipamerkan pada gambar 1.1 (Apabila anda menekan kekunci F1)

Selamat mencuba.

1 comment:

Anonymous said...

I want the iPhone 3G, but don't want to have to sign up for a bunch of subscriptions to get a hold of one. Thanks for any tips.
[url=http://unlockiphone22.com]unlock iphone[/url] [url=http://www.1stsolution.eu/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&p=152929#152929]unlock iphone[/url]