Pages

Friday, May 2, 2008

Masalah dengan Office 2007

"Masalah betullah, habis tu camna ni, saya nak cetak fail ni. Kalau tahu begini, baik saya bawa komputer saya sendiri." Rungutan kawan sepejabat yang ingin mencetak kandungan failnya untuk kegunaan mesyuarat pada petang itu.
Munkin ramai antara kita yang menghadapi masalah apabila kita baru membeli komputer yang mempunyai sistem pengoperasian "window vista" yang dilengkapi dengan Microsoft Office 2007 yang ternyata lebih canggih. Sedangkan dipejabat pula masih menggunakan sistem pengoperasian "window xp" dan dilengkapi dengan Microsoft Office 2003.
"Tuan, fail tuan tak boleh buka la. Tuan pakai software apa?", rungut seorang petugas pusat latihan kepada penceramah sessi itu.
"Powerpoint ler, apa lagi.." dengan selamba penceramah itu membalas.
"Tapi saya tak boleh buka la tuan. Dia tak support", jawab petugas tersebut.
"oooo saya pakai window vista. Sini tak ada window vista ke?"
Kes ini sering berlaku, kepada pengusaha pusat latihan yang terpaksa berurusan dengan ramai pihak yang mahu menggunakan kemudahan ditempat mereka. Apakah perlu sesebuah komputer itu dipertingkatkan sistem pengoperasiannya agar sentiasa serasi dengan perkembangan teknologi semasa?

Secara teknikalnya, perisian Office 2007 (Microsoft Word) akan menggunakan jenis fail DOCX. Manakala perisian Office 2003 (Microsoft Word) pula menggunakan jenis fail DOC. Demikian juga dengan perisian Powerpoint, Access dan lain-lain. Perbezaan penggunaan jenis fail ini membuatkan sistem perisian Office 2003 tidak berupaya membaca kandungan fail DOCX.

Bagaimanapun, pihak Microsoft telah menyediakan satu perisian "translater" yang membolehkan pengguna perisian Office 2003 membaca kandungan fail yang dihasilkan daripada perisian Office 2007. Anda boleh memuat-turun daripada laman berikut http://www.microsoft.com/downloads/details.aspx?FamilyId=941b3470-3ae9-4aee-8f43-c6bb74cd1466&displaylang=en atau klik disini

Setelah proses muat turun selesai, ia perlu dipasang@"install" pada komputer yang berkenaan. Setelah selesai barulah anda boleh membaca kandungan fail Office 2007 melalui perisian Office 2003.

Selamat mencuba.

rujukan:
How to use earlier versions of Excel, PowerPoint, and Word to open and save files from 2007 Office programs

No comments: