Pages

Wednesday, May 28, 2008

Mengekalkan Bentuk Tulisan

Apabila anda menyediakan satu fail "powerpoint" yang mengandungi berbagai set bentuk tulisan ia berkemungkinan tidak akan kekal sekiranya fail tersebut dibuka pada komputer yang tidak mempunyai bentuk tulisan yang digunakan.

Keadaan ini menyebabkan susunatur tulisan akan menjadi tidak menentu. Kadang kala terdapat perkataan atau huruf yang terkeluar daripada skrin persembahan. Kemungkinan ini menyebabkan ramai antara kita yang sanggup membawa komputer sendiri atau menyalin bersama bentuk tulisan yang digunakan.

contoh:

Gambar menunjukkan terdapat 3 bentuk tulisan yang digunakan iaitu Vivaldi, Viner Hand ITC dan Brush Script MT. Bentuk tulisan ini jarang terdapat pada mana-mana komputer, oleh itu bagaimana anda mahu mengekalkan bentuk tulisan tersebut.


Microsoft powerpoint menyediakan fungsi yang membolehkan pengguna menyisip font pada fail agar ia dapat mengekalkan bentuk tulisan yang digunakan. Fungsi ini akan menyebabkan fail anda bertambah dari segi saiz. Berikut langkah-langkahnya:

Apabila anda telah selesai membina fail persembahan;
  1. Klik pada menu File, pilih arahan Save As.
  2. Pada tetingkap Save As, klik pada Tools dan pilih arahan Save Options.
  3. Tandakan pada petak Embed TrueType fonts dan klik OK.

Terdapat dua pilihan pada Embed TrueType fonts, iaitu;

Embed characters in use only

Pilihan ini cuma akan sisipkan bentuk abjad tulisan yang digunakan sahaja seperti a, b dan c.

Embed all characters

Pilihan ini akan menyisipkan keseluruhan bentuk tulisan yang anda gunakan dalam membentuk fail tersebut.

Anda boleh menyisip semua bentuk tulisan yang ada selagi ia tidak mempunyai kawalan lesen penggunaan.(rujuk microsoft typography berkaitan dengan kawalan tersebut)

Bagi pengguna Office 2007 pula:
  1. Klik pada Microsoft Office Button , dan pilih arahan Save As.
  2. Pada tetingkap Save As, klik pada Tools dan pilih arahan Save Options.
  3. Tandakan pada petak Embed TrueType fonts dan klik OK.


Rujukan:
How to embed fonts in PowerPoint (http://support.microsoft.com/kb/826832)


No comments: