Pages

Monday, July 14, 2008

Aktifkan Fungsi "Automatic Logon" bagi Windows XP

"leceh betullah.. " rungut seorang kawan sewaktu kami membuat configurasi komputer yang digunakan sebagai signage controller.

"tiap kali masuk windows nak kena logon. kan bagus kalau kita boleh setkan terus pada windows ni agar tak payah lagi dia minta password. ni sikit-sikit minta password.. " rungutnya lagi.
Bagi pengguna windows xp, ada antara kita yang terpaksa memasukkan kata laluan setiap kali kita memulakan operasi komputer. Ini berlagi setiap kali kita mahu mengaktifkan windows. Bagi mereka ingin meletakkan komputer tersebut sebagai kegunaan kios, semestilah fungsi tersebut hendak dielakkan kerana ia akan memberikan masalah setiap kali sistem komputer tersebut dimulakan.

Manakala ada pula pengguna windows xp yang tidak perlu memasukkan sebarang kata laluan sewaktu mereka memulakan operasi komputernya. Oleh itu, ia memberikan gambaran pada saya sewaktu itu bahawa situasi itu boleh ditentukan oleh pengguna, tapi bagaimana?

Berdasarkan kepada rujukan dan bacaan saya di laman web, saya dapati ia boleh dilaksanakan.
langkah-langkahnya:

  • Klik Butang "Start" Pilih arahan RUN:

Image:Start-run.gif

  • di dalam petak yang disediakan taip "control userpasswords2" (tanpa simbol ") dan klik OK:

Image:Controluserpasswords2.gif

  • Buang tanda pada arahan "Users must enter a user name and password to use this computer.":

Image:Controluserpasswords2a.gif

  • Pindah ke tingkap Advanced dan buang tanda pada arahan "Require users to press Ctrl + Alt + Delete":

Image:Useraccounts.gif

  • Klik OK
  • Masukkan maklumat yang diminta (Jika tiada katalaluan yang digunakan, biarkan petak password itu kosong)

Image:Autologon.gif

Seterusnya anda boleh melakukan arahan "restart" pada komputer anda untuk melihat hasilnya.
Selamat Mencuba..


Rujukan:
How to automatically log in to Windows XP Professional
Microsoft Windows OS Usage - NT - XP - Vista
Add User Accounts Utility (Userpasswords2) to Control Panel
Auto Logon to Windows XP

No comments: