ESQ tampil sebagai satu badan yang menggunakan penemuan sains sebagai penterjemahan yang nyata kepada kebenaran al-quran. Kepercayaan generasi hari ini di atas keupayaan teknologi sains dalam menghuraikan tentang kejadian alam tidak dapat dinafikan. Atas kepercayaan ini, ESQ telah memainkan peranan yang begitu baik dalam mengambarkan bertapa Allah dan Rasulnya benar.
Penggunaan sistem video, audio dan dorongan yang tepat juga berjaya membangkitkan perasaan dalaman yang terpendam sehingga membawa kepada perasaan sedih, pilu, hiba dan akhirnya pasrah kepada kekuasaan illahi yang tidak terbatas.
Membina tamadun bersama 165
Sejak sekolah rendah kita diajar tentang 6 rukun iman dan 5 rukun islam, tapi berapa ramai dari kita yang benar-benar nenjadikan rukun ini sebagai cara hidup. Cuba kita renung bagaimana Jepun yang berpegang kepada semangat samurainya mampu muncul sebagai kuasa ekonomi dan teknologi yang berjaya.
Apakah nilai yang dipegang melalui kepercayaan mereka itu lebih baik daripada nilai yang dibawa oleh islam?
Kita pernah mendengar orang berkata bahawa suatu hari nanti akan muncul satu tamadun di timur iaitu Malaysia tapi pernah tak kita fikir, tamadun yang bagaimana? Adakah akan lahir satu tamadun sekiranya kita lalai apabila diberi tanggungjawab? Kita khianat apabila diberi amanah?
Setiap insan tanpa mengira batasan agama suka kepada kasih sayang, tekun, kedamaian malah setiap sebaikan yang ada. Tanpa kita sedar setiap sifat kebaikan itu adalah merupakan nama-nama Allah yang maha esa. Sekiranya kita mampu berpegang kepada rukun-rukun ini nescaya kita mampu mencipta satu tamadun yang unggul berasaskan kepada Islam.
Jangan kita persoalkan apa yang telah kita dapat, kerana nikmat yang kita perolehi sudah tidak terkira jumlahnya. Oleh itu persoalkan apa sumbangan kita kepada pembentukan tamadun atas nama Allah. Ayuh bersama kita mulakan langkah pertama kearah membentuk satu tamadun islam.
Bersamalah kita jadikan Allah sebagai tujuan hidup, Muhammad saw sebagai contoh dan al-quran sebagai panduan.
No comments:
Post a Comment