Pages

Tuesday, July 3, 2012

Bagaimana Merakam Imej Skrin Komputer Anda

Bagi pengguna komputer yang telah berpengalaman, bukanlah satu arahan yang pelik sekiranya seseorang rakan di talian meminta agar diemailkan imej atau gambar skrin komputer atau dipanggil sebagai "captured screen" atau "print screen" untuk dijadikan sebagai panduan atau rujukan bergambar.

Papan kekunci komputer kebiasaannya didatangkan bersama dengan salah satu diantara kekunci PRINT SCREENPRINT SCRNPRT SC berdasarkan kepada saiz kekunci. Bagaimanapun kekunci seperti ini kebiasaanya tidak wujud pada papan kekunci yang digunakan untuk komputer "Apple Macintosh".


Kekunci ini berfungsi untuk merakamkan paparan pada setiap skrin yang disambungkan kepada komputer di dalam bentuk gambar. Contoh gambar;


Gambar ini terhasil kerana terdapat dua skrin komputer yang sedang aktif
Selain kunci ini ditekan secara sendirian, ia juga boleh digunakan bersama dengan kunci ALT bagi mendapatkan imej tetingkap yang sedang aktif sahaja. Contoh;
Penggunaan Kunci Print Screen Sahaja
Penggunaan Kunci Print Screen bersama kunci Alt

Berikut adalah langkah yang boleh digunakan oleh setiap pengguna bagi mendapatkan imej atau gambar skrin komputer untuk dijadikan rujukan bergambar. 
  1. Apabila sudah bersedia dengan paparan yang dikehendaki, tekan kunci [print screen].

    Bagi pengguna komputer riba, kunci [print screen] mestilah digunakan bersama dengan kunci [fn]
  2. Aktifkan mana-mana perisian yang mampu memproses gambar seperti paint, photoshop, power point dan lain-lain.
  3. Tekan kunci [ctrl] bersama dengan kunci [v] bagi menempelkan rakaman imej yang telah dibuat oleh komputer pada langkah 1.
  4. Anda boleh membuat perubahan pada imej yang telah ditempelkan tersebut.
Selamat Mencuba.

No comments: